Tuesday, July 31, 2018

Sabah Amazing Handicraft


Kraftangan merupakan produk yang melambangkan identiti sebuah masyarakat tersebut. Hasil pembuatan kraftangan adalah unik dan ianya harus diwarisi oleh generasi kaum muda masa kini agar tidak hilang ditelan zaman dan akan terus menjadi salah satu daya tarikan pelancong untuk datang ke tempat kita di Sabah.


BARAIT

Barait ini dikatakan sebagai Beg Tradisional untuk kaum Kadazan - Dusun dan Murut juga. Barait mempunyai pelbagai kegunaan terutamanya untuk mengangkat barang - barang. Barait juga boleh dikatakansebagai beg serbaguna untuk masyrakat kaum Kadazan - Dusun dan Murut pada zaman dahulu kala.

Barait diperbuat daripada kulit rotan khas yang tumbuh berhampiran dengan anak sungai. Rotan itu kemudian dihiris - hiris dalam saiz yang dikehendaki sebelum dianyam. Saiz barait ditentukan mengikut kepanjangan rotan yang telah dihiris, dan jumlah rotan yang dihiris. Proses pembuatan Barait ini mengambil masa lebih kurang 3 hari hingga seminggu. Proses pembuatan Barait ini bukan mudah dan hanya orang- orang yang mempunyai kemahiran sahaja yang dapat membuat anyaman Barait ini.


SIRUNG

Sirung pada mulanya tidak mempunyai apa - apa warna dan hanya kosong sahaja, namun kini, ianya semakin mempunyai pelbagai jenis sirung serta berwarna - warni. Sirung ini digunakan oleh masyarakat Dusun Kimaragang sebagai alat untuk melindungi kepala daripada terik matahari ketika " mongumo " iaitu bekerja atau bercucuk tanam di ladang atau kebun.

Sirung ini juga mempunyai fungsi yang sama dengan topi - topi pada zaman moden kini. Selain itu, sirung juga boleh dijadikan sebagai tudung saji. Dan kini, sirung ini dijadikan sebagai hiasan di dinding rumah untuk mengekalkan kesenian dan kebudayaan kaum tersebut.


BAKUL PLASTIK


Kraftangan daripada tali plastik merupakan satu revolusi baru dalam menghasilkan produk kraftangan di Sabah dan Sarawak pada masa kini. Penghasilan produk kraftangan yang diperbuat daripada plastik ini mampu meningkatkan pendapatan ekonomi bagi kaum wanita yang sudah tidak bekerja.

Kraftangan bakul tali plastik ini dihasilkan bukan hanya untuk dijual tetapi ianya juga boleh digunakan di rumah atau oleh diri sendiri. Kraftangan ini boleh dijual melalui talian internet dengan mempromosikannya di media sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya. Kraftangan ini boleh dihasilkan dengan pelbagai jenis bakul tali plastik dari segi warna, saiz dan juga bentuk.

Kraftangan ini juga berfungsi untuk digunakan sebagai beg bagi meletakkan barang, beg untuk meletakkan botol air dan sebagainya. Akhir sekali, bakul tali plastik ini boleh dijual dengan harga serendah RM17 hingga RM100 atau lebih mengikut saiz dan reka bentuk yang dihasilkan.


KEPENTINGAN INDUSTRI KRAFTANGAN
1. Dapat menjadi sumber tambahan bagi menambahkan pendapatan penduduk desa.
2. Dapat mempelbagaikan sumber ekonomi yang sedia ada di negara ini.
3. Membentuk masyarakat yang kreatif, inovatif serta mempunyai semangat daya yang tinggi.
4. Memperbanyak peluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat khususnya penduduk desa.
5. Mengekalkan warisan dan budaya yang sedia sejak dahulu lagi.


CARA-CARA MEMAJUKAN INDUSTRI KRAFTANGAN

1. Menubuhkan pusat kemahiran kraf tangan untuk melatih generasi muda memiliki kemahiran membuat kraf tangan tradisional. 
2. Mempromosikannya secara besar-besaran di peringkat nasional dan global. 
3. Selalu mengadakan demonstrasi kraf tangan di tempat umum agar diminati oleh masyarakat. 
4. Mempelbagaikan produk kraf tangan dengan idea dan inovasi baru. 
5. Mempamerkan produk kraf tangan daripada semua suku kaum di negara ini untuk mendapatkan identiti produk kraftangan.




Sabah Amazing Handicraft

Kraftangan merupakan produk yang melambangkan identiti sebuah masyarakat tersebut. Hasil pembuatan kraftangan adalah unik dan ianya har...